Wednesday, August 17, 2011

drive thru mcd ketika bulan puase.??

Assalammualaikum kawan kawan. arini aku xleh nak puase sebab cuti Allah bagi. wanita pon kannn. :) hihihi. okeh. cam biase. aku cek2 kat umah xde mknan tgh hari td. jadik nak beli mcd lah kan...tapiiiiii maluuuu nak pergi. mama pon x bg pergi . tapi dlm kul 1 lepas mandi. aku pon pergi mcd. dlm hati aku time drive tuh "kalau yg jage kaunter tuh perempuan aku beli mcd. kalau laki..masak megi kari je kat umah" pastuh sampai2 jeee. PENUHHHHH GILEEEEE MCDONALD DRIVE THRU tuhhhh. aku tengah beraturr pon. nampak org cine ramai dlm mcd. tapi orang melayuuu, laki, islam lah kot kan. kebanyakan nye dlm ketee kat drive thru tuh. sumpah sedih gile. xtakottt ke x puase?? hurmm. siap boleh gelak2 laki tuh time order. Astagfirullahalazim.

lepastuhhh. nak kat kaunter tuh. terkantoi dengan piji. kawan lame aku kat sekolahh. die bagiii aiskrim free lagi. tapi sumpah malu. sebab die dah ngeleng2. aku cam tutup muke je dlm kete. alhamdulillah. kehh. sambung lagii. nak bukak puase dah :) selamat berbuke kawan2.

Monday, August 15, 2011

kisah zaman Umar Al-Khatab r.a :)

Ikutilah kisahnya agar ia dapat menjadi pedoman dalam melayari bait-bait kehidupan kita semua

Semasa Umar Khatab ra ingin memilih gabenur untuk dihantar kenegeri jajahan Islam, terdapat seorang sahabat yang mengajukan satu saranan supaya beliau memilih gabenur dari kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.

Tersentak Umar lalu setelah difikirkannya, lalu beliau telah memilih sahabat yang mencadangkan idea tersebut lalu ditolak oleh sahabat.

Namun Umar menyatakan ini adalah arahan lalu sahabat akur dengan arahan tersebut dan dihantar ke Hims (Kufah). Dizaman dahulu Kufah terkenal dengan sebuah negeri yang penuh dengan penyebaran fitnah yang hebat maka sesiapa yang dihantar untuk menjadi gabenur akan berhadapan dengan permasalahan ini.

Dizaman pemerintahan Umar al Khatab, beliau amatlah teliti dan amat menitikberatkan akan keberkesanan gabenur-gabenurnya memerintah dan cara beliau mengetahui keberkesanan pemerintahan seseorang gabenur itu adalah dengan 2 cara.

Pertamanya, beliau akan mendatangi sesebuah tampuk pemerintahan itu dengan lawatan mengejut dan cara yang keduanya beliau sendiri akan menanyakan mengenai tahap pencapaian gabenurnya melalui jemaah-jemaah Haji yang datang dari sesebuah jajahan takluk Islam itu apabila mereka mengerjakan Haji ke Mekah.

Pada suatu ketika tibalah masanya Umar ingin mengetahui keberkesanan sahabat yang telah dihantar ke Hims (Kufah).

Lalu sampailah ia kenegeri itu maka diarahkannya para rakyat Hims (Kufah) untuk berkumpul. Lalu beliau pun bertanyalah kepada penduduk Hims sekiranya ada diantara mereka yang ingin melahirkan rasa tidak puas hati kepada gabenurnya yang memerintah.

Lalu ramailah yang memberikan komen-komen serta ketidakpuasan hati mereka terhadap gabenur yang memerintah pada ketika itu.

Komen-komen ini telah dikategorikan kepada 4 yang utama;

  1. Gabenur yang dilantik ini hanya melakukan tugasnya pada siang hari dan tidak pula pada malam hari sebagimana Amirul Mukminin memerintah. Kata mereka, Umar menjalankan tugasnya siang dan kadang-kadang pada waktu malam tetapi tiada cirri tersebut pada gabenur yang batu ini.
  2. Beliau juga selalu sampai lewat kepejabatnya, kadang-kadang jam 10.00 pagi dan kadang-kadang jam 11.00 pagi.
  3. Beliau tidak akan hadir apabila dijemput datang kerumah penduduk-penduduk, dan
  4. Gabenur ini selalu pengsan serta seolah-olah sawan semasa ia bertugas.

Lalu Umar al Khatab pun meminta sahabatnya yang menjadi gabenur tadi menjawab persoalan-persoalan tersebut lalu sahabat ini berkata beliau tidak mahu menjawab persoalan yang datangnya dari penduduk Hims tersebut.

Lalu Umar al Khattab pun mengarahkan beliau supaya menjawabnya dihadapan mereka.

Lalu dengan rasa terpaksa maka sahabat ini juga gabenur dinegeri itu pun menjawab;

Katanya;

  1. Adapun memang beliau menjalankan tugasnya hanya pada siang hari dan sebelah malamnya pula, beliau menyatakan adalah masa beliau mengabdikan dirinya kepada Allah swt dengan menunaikan solat, berzikir, membaca al Quran dan apa saja ibadah-ibadah kepada Rabbnya.

  1. Persoalan kedua, beliau mengakui beliau selalu lewat hadir bertugas kerana menurutnya, beliau hanya memiliki sepasang pakaian yang mana sebelah paginya beliau membasuh dan menjemurkan pakaian tersebut sehingga kering lalu selepas pakaiannya kering baru beliau menhadirkan dirinya kepejabat.

  1. Mengenai jemputan rakyat datang kerumah mereka, sahabat menyatakan tugas beliau termasuklah menjadi seorang Hakim dan Kadhi, dan oleh itu beliau tidak mahu dengan hadirnya beliau dikediaman rakyatnya, takut-takut berlakunya ketidakadilan apabila beliau memberikan hukuman-hukuman semasa pemerintahan beliau.

  1. Beliau juga mengakui selalu pengsan dan sawan kerana beliau selalu memikirkan keadaan beliau sebelum memeluk Islam satu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan permulaan Islam dimana beliau melihat sahabat Rasulullah saw disiksa dengan dikerat-kerat tangan mereka tetapi ucapan yang keluar dari lidah mereka-mereka ini adalah “Allhuakbar” dan “Tiada Tuhan Melainkan Allah”, lantas selepas itu leher mereka dipancung. Mengingati perkara tersebut menyebabkan beliau pengsan

Betapa zuhud dan berimannya seorang gabenur yang memerintah negeri tersebut lalu fahamlah rakyatnya akan mengapa persoalan-persoalan ini berlaku.

Allahuakbar !!!

Umar juga menerima senarai nama-nama orang yang akan diberikan zakat kerana msikinnya dikalangan orang-orang tersebut lalu beliau melihat tertera nama sahabatnya iaitu Gabenur Him (Kufah) terdapat dalam senarai tersebut dan bertanya mengapa nama gabenur diletakkan didalam senarai nama penerima zakat

Lalu dijawab oleh pegawainya tadi, gabenur ini adalah merupakan orang yang paling miskin dalam negeri ini dan oleh sebab itu beliau disenaraikan untuk menerima wang zakat.

Melihatkan keadaan itu maka, Umar pun memberikan sejumlah wang untuk gabenurnya lalu sangat sukalah isteri gabenur itu mendengar apa yang keluar dari mulut Amirul Mukminin.

Walaubagaimanapun apa yang berlaku dirumah gabenur tersebut, lalu gabenur itu pun menyatakan kepada isterinya,

“Wahai isteri ku, sekiranya engkau mahukan kekayaan dan dunia pergilah dan tinggalkanlah aku tetapi sekiranya engkau mahukan akhirat, kita tidak akan menerima wang tersebut.”

Subhanallah….begitulah kisahnya sahabat-sahabat Nabi saw semasa mereka memerintah, betapa zuhud, amanah dan bertaqwanya mereka.

Buatlah perbandingan pada hari ini maka akan kita lihat betapa jauhnya nilai-nilai iman itu dibandingkan dengan umat nabi Muhamad saw yang terdahulu.

Thursday, August 11, 2011

pengorbanan seorang bapa di tengah jalan

assalammualaikum kawan kawan. arini boss cuti. jadik tetibe rase nak update sikit cite di blog ini. sambil mendengar lagu dan kerja bersepah-sepah atas meja. hehe.okeh mari kite start berceritee.

tajuknye : pengorbanan seorang bapa di tengah jalan.

cam nih. semalam time nak balek dari ofis. cam bese lah kan keluar dari UPM nak balik umah. lalu lah dekat jalan yg banyak kete. dekat2 traffic light yg nak masuk tol kajang. tapi aku dari arah UPM nak ke Bangi. sekalik tuh. memang kat traffic light nak naik bukit tuh banyak kete. aku nampak satu motor nih. laki bawak. ok je mule2 die bawak. tibe2 die macam berhenti tepi jalan sebelum sampai dekat traffic light tuh.. aku pon cam tertanye tanye lah kan. eh apesal motor nih berhenti sambil pandang jalann belah kanan. die berhenti belah kiri tuh??

okeh. aku pon slow kete sbb nak kene tggu traffic light merah. then, aku pon nampak ade botol susu terguling-guling dekat atas jalan raya. botol susu tuh belah aku. kirenye pak cik yg atas motor tuh tengah tengok botol susu tuh jatuhh dan terguling-guling.. die turun dari motor die. pastuh die tengok kete pon dah banyak slow. sbb berhenti traffic light merah. die pon sanggup dari hujung belah kiri jalan amek botol susu yg dah terguling-guling jauh ke kanan jalann. dan die lintas ke motornye semulaa. dan teruskan perjalanan. membuat aku makin sebak sbb anak die ade dekat bakul motor tuh. SubhanAllah. pengorbanan seorang bapa di dalam bulan puase.

tapi kalau anak? hurmmm. macam aku dah cukup. bangun sahur pon malas. nak tggu bapak kejut. bukak puase bapak yang amek kisah nak makan ape. haiyoooo.


mogaaa perkara ini menjadi teladan kite :)









Wednesday, August 3, 2011

nakkk marah tapi xleh marah

Assalammualaikum.

kenape lahhhh dapat boss cam nih? aku dah mule bengang nih. asek aku kene marah kan. salah die xnak dimarah. kalau macam tuh. jadik boss xyah buat kerje eh? asek salahkan org bawah. hate this situation. ya Allah. permudahkanlahh. xtahan dah. die tuh baek sangat ke? asek salahkan org? keje x buat. pastuh mencarik salah orang no.1... kesiannn. aku xnak benci die. sbb ramai org x suke dieee. boleh pagi tadi die cakap macam nih "awak xde otak ke azimah" sumpah sedih :'(.. dah lah die xkasik aku kawan dgn org nih dgn org nih.. ape mendeee???

tak tahu nak sabar macam mane dahhh. kejeeee aku banyakk gileee. boleh dikatekan sume orang takut nak keje tempat aku sbb banyak sangat keje. kalau boleh aku detailkan dkt sini
- meeting (pengurusan, fakulti,kpp,dekan,)
- surat (macam2 surat. pekeliling,memo,update maklumat,sumbangan)
- update diary
- perhimpunan staff
- takwim
- mou
- sukan
- cockpit
- gunung2

BANYAK LAGI SEBENARNYEE!! aku marah betul lah nih. sabar ajim! aku sebelum nih boleh buat keje. ini 100% keje dekat aku sorang. selalu aku berdoa "Ya Allah lembutkan lah hati aku" kalau boleh aku dah nak berdoa keraskan sikit hati aku nih kotttt. asek kesian dekat orang. asek nak jage hati orang. last2 aku gak yg kene. bukan aku x buat keje. tapi dah x cukup tangan. aku bukan nak cakap ape. orang yang gaji dan taraf sama dengan aku TAPI.. tak buat keje sebanyak aku. tapi asek kene marah jeee. buat keje banyak2. aku sentiasa ingat Allah itu Maha Adil. xkan menyiksa hambaNya. aku bersyukur dengan rezeki Mu Ya Allah. cumaaa aku xtahan dengan boss aku!!! please Ya Allah. either die dilembutkan hati atau die belahhh dari ofisss nihh. aku dah cube berbaek dengan die atau aku yang akan belahh dari ofiss ni.

"YA ALLAH. bantulah diri ku ini..terlampau lama aku menanggung" :'(